KeNYaLanG loVE

KeNYaLanG loVE

Monday, October 4, 2010

InFo PeNtiNg YaNg KiTa TaK aMiK Pot...

29 RAHSIA NEGARA YANG ANDA PATUT TAHU

Post Last Edit by B.K at 29-7-2010 17:38

29 RAHSIA NEGARA YANG ANDA PATUT TAHU

(Fakta yang saya kemukakan ini mungkin di bawahnya ada yang tidak tepat  kerana tidak dapat disahkan kebenarannya. Saya berharap ada pembaca yang  akan terangsang mindanya dan cuba mencari kebenaran akan cerita-cerita  di bawah ini)


1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi  membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.


2.Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari  kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj  atau rampasan.


3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan  sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk  dimusnahkan dengan "Smart Bomb" dari pesawat pengebom NATO.


4.Pernah berlaku pemberontakkan "Mutiny on ship" dalam sejarah Tentera  Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan  di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).


5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran  laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa  peristiwa konfrantasi dahulu.


6. Tahukah anda filem "Black Hawk Down" mengisahkan pemberontakan di  Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera  Malaysialah yang menjadi wira , tetapi oleh kerana ia filem Hollywood,  maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.


7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera  Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada  pihak Singapura.


8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di  cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang  melibatkan Singapura.


9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan  peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.


10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah  ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 - 80an dahulu  dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya  sangat cekap.


11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an  dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan  oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di  soal siasat oleh polis Bukit Aman.


12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs,  untuk kegunaan pasukan PASKAL.


13. Filiphina pernah "mengacah" sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet  pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.


14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Russia  di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan,  TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada  ketika itu.


15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar  melalui sistem peperangan elektroniknya dari 1979 sehingga sekarang.
16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila  ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.

17. Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung di  sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai  contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika  dahulu.


18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC,  aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment  lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones (Fakta tidak dapat  disahkan)


19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila  untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu  Komando yang pergi ke filipina utk curi dokumen rahsia adalah SB.  Mahathir bagi cash RM100k kpd beliau utk buat model Istana Malacanang  (di Pahang kalau tak silap). Setiap hari beliau praktis utk curi dokumen  tersebut. Ketika kejadian sebenar, 100% komando Malaysia dikerah berada  di Sabah bersedia utk menyerang filipina, sekiranya berlaku kesilapan  kpd SB tersebut. Duta Malaysia dan rakan2 sudah lama cabut lari (takut  beb). Tapi Alhamdulillah dokumen tersebut berjaya dicuri dan Sabah milik  Malaysia sehingga Kiamat , insya ALLAH.....(Fakta tidak dapat disahkan)


20. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya  menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang  dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.


21. Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas  PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program  itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman  komunis yang telah menang di Vietnam.


22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar  dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan  Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.


23. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert  (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear  pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin  Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat  ini disampaikan sendiri dari seorang anggota perisikan Pakistan kepada  penulis satu ketika dahulu).


24. Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM,  "Berani tetapi Gila" dalam satu temuramah dengan media di negara kita.  Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu  mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.


25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat  dahulu. senjata yg di gunakan RPG 2 (search kt google)


26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal  Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak  melarikan diri (Ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).


27. Kapal peronda TLDM KD Perak  karam di Laut China Selatan akibat  cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.


28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an)  pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan  pencerobohan pesawat asing (UFO-hal ini pernah saya baca dalam akhbar di  Perpustakaan Negara dan ada dalam sebuah buku mengenai UFO yang saya  temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).


29. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara  Singapura di Bukit Batuk lalu menampal setem malaysia pada setiap peluru  berpandu , meja officer dan menukar bendera singapore dgn bendera  malaysia pada meja pegawai tinggi . tujuannye kerana mbalas dendam  kerana jet singapore sering ceroboh ruang udara johor.. mereka mlakukan  tugas itu 1 hari je tanpa d kesan. kakitangan komplek pertahanan  singapore yg  trlibat telah d pecat kerana insiden itu

PANTANG LARANG....x boleh pakai langsung....

Pantang-Larang Orang Dulu - Dulu

kita di besarkan dengan bermacam-macam adat dan pantang-larang.
Mari kita berkongsi pantang larang orang tua-tua dahulu bersama dengan
sebab dan apa sebenarnya di sebalik alasanya.  Antaranya adalah:~

1. Tidak boleh lalu bawah kain jemuran
    kerana - nanti pening kepala @ sakit kepala
    sebanarnya - takit kain jumuran jatuh. satu hal nak cuci semula.

2. Tidak boleh makan berpindah tempat
    kerana - takut kahwin ramai
    sebanarnya - dah satu tempat makan bersepah, takut sepah tampat lain pulak.

3. Anak gadis tidak boleh duduk di tangga rumah
    kerana - takut lambat jodoh
    sebenarnya - payah nak lalu lalang

4. Tidak boleh meniarap sambil lipatkan kaki ke atas
    kerana - takut ayah@ibu meninggal
    sebenarnya - akan sakit dada dan kaki menjadi kebas

5. Anak gadis tidak boleh menyanyi sewaktu memasak
    kerana - akan dapat suami tua
    sebenarnya - takut masakan hangus @ tak sedap