KeNYaLanG loVE

KeNYaLanG loVE

Sunday, March 13, 2011

Tips mengelak suami isteri "perang besar"

1) Jangan mengungkit sakit hati yang lalu
Perkara ini memang selalu berlaku, kalau perasan contoh ayat berikut, "abang memang suka sakitkan hati saya, dulu abang kecewakan saya, sekarang......"
Perkara yang lepas biarkan ia berlalu, jangan diungkit lagi iannya menyakitkan hati, dah lah luka di hati dah sembuh tapi masih berparut. Bila diungkit jawabnya tak pernah selesailah masala rumah tangga tu, cuba fokuskan masalah yang terkini, yang lepas tu masing-masin sepakat kira selesai "dah" topik tu.

2) Dengar dengan baik kata-kata pasangan
Memang jarang pasangan yang boleh menunggu "giliran" semasa pasangan sedang bercakap semasa bertengkar. Ini tidak... bila pasangan sedang cakap, dia pun nak bercakap juga, masa ini apa yang nak disampaikan/dijelaskan ibarat mencurahkan air ke daun keladi @ masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, kira bernasib baiklah "tidak berlaku masuk pintu depan keluar ikut pintu belakang @ tingkap" Kesabaran untuk dengar sebelah pihak adalah penting, selesai sahaja pasangan bercakap barulah boleh luahkan/terangkan keadaan apa yang ingin disuarakan. Apabila kedua-dua pihak sudah saling dengar mendengar barulah masalah boleh diatasi.

3) Rehat seketika jika keadaan makin tegang
Kedua-dua pihak harus memainkan peranan dengan salah seorang harus berhenti sementara mendapat pandangan baru. Cuba larikan diri seketika, bukan dengan cara keluar rumah dengan hati yang marah, salah tuu... memadai dengan masuk bilik berbaring atau lebih baik ambil air wuduk dan terus sembahyang untuk tenangkan jiwa dan meminta masalah diselesaikan dengan hidayatNya.

4) Cari persamaan
Apa yang harus anda lakukan adalah mencari persamaan, kesepakatan, sama-sama bersetuju dengan apa yang dicari, anda harus mengakui apa yang digaduhkan tadi adalah disebabkan perkala kecil. Dengan cara ini maka pertengaran yang tercetus akan cepat berakhir dan menjadi pertengaran yang "berkualiti/profesional"

 5) Ambil iktibar dan pengajaran dari pertengaran yang baru berlaku
Setiap pertengakaran yang berlaku pasti akan memberi pengajaran buat masing-masing.  Anda akan dapat belajar satu perkara baru tentang pasangan anda, ini membuatkan anda dan pasangan anda lebih faham memahami antara satu sama lain. Oleh yang demikan, apabila pertengkarang telah selesai janganlah dibiarkan berlalu bergitu sahaja, ambillah pengajaran keatas pertengkarang yang baru saja berlaku. Ajaklah pasangan untuk mengambil iktibar supaya anda tidak mengulanginya lagi.

Doa Utk Anak....

1) Doa diberi zuriat menyejukan mata memandang (Al--Fulqan:74)
 Dan orang-orang yang berkata; "ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam orang-orang yang bertakwa."


2) Doa anak lembut hati (al-Anbiya' : 69 / Al-Hasyr : 22-24)
 Kami berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim,"
 
 Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

 Dialah Allah yang tiada tuhan selain Dia, raja yang Maha Suci,  maha Sejahtera, yang Mengurniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. 

Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membetuk Rupa, yang mempunyai asmaaul Husna, bertasbih kepadaNya apa yang di langit dan di bumi, dan dialah yang Maha Perkasa lagi maha Bijaksana.

Tertib Menyambut Kelahiran Anak...

Suami menemani isteri saat melahirkan
Kepada Ibu yang kali pertama melahirkan anak pastinya perasaan bercampur baur antara gembira dan takut yang menerpa di fikiran si ibu, oleh itu dengan adanya suami di sisi semasa hendak melahirkan sedikit sebanyak akan memberikan kekuatan semangat, moral, dan emosi serta dapat memotivasikan isteri yang sedang bertarung nyawa dalam usaha menyelamatkan nyawa anak. Walau bagaimana pun bukan semua hospital membenarkan suami masuk ke bilik bersalin, jadi kepada yang berkemampuan gunakanlah perluang yang ada sebaik mungkin selain dapat melihat kebesaran Allah.

Azan dan iqamah
Sebaik sahaja anak selamat dilahirkan, Suami harus segera mengazankan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri untuk menghindarkan gangguan syatan, kerana perkataan yang pertama yang didengar oleh anak adalah perkataan Allah. (kebanyakan hospital akan membersihakan anak sebelum diserahkan kepada ibubapa untuk megelakkan jangkitan kuman)

Membaca  surah al-Qadar dan surah al-Ikhlas
Juga digalakkan suami membaca surah al-Qadar di telinga kanan dan surah al-Ikhlas di telinga kiri anak untuk memohan kepada Allah terselamat dari melakukan perzinaan dan supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Baca surah Al-Insyirah di jari manis
seterusnya suami hendaklah membaca ssurah al-Insyirah di jari manisnya dan celupkan ke madu kemudian menekan ke lelangit(langit-langit) bayi sambil membaca surah Ali-Imran, ayat 36:
Maksudnya, "maka apabila ia melahirkannya berkata ia: Wahai TuhanKu! sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharan-Mu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang direjam (yang dikutuk dan disingkirkan)."

Aqiqah
Setalah kelahiran anak pada hari ketujuh hendaklah diaqiqahkan dan diberikan nama Islam yang baik, yang indah lagi baik maksudnya .  Sembelih binatang aqiqah dengan dua ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.

Info utk ibu-ibu...

Rangsanglah bayi ketika dalam kandungan

Dunia awal bagi janin bayi merupakan alam rahim yang juga merupakan insitusi pertama bagi bayi mempelajari perkara-perkara baru secara langsung dengan tanpa tapisan kerana peringkat ini mekanisma menapis maklumat masih belum terbentuk lagi. Ibu hamil yang bijak dan prihatin akan berupaya melahirkan insan kamil dan keupayaan minda yang tinggi

Bayi dalam kandungan amat sensitif daripada pengaruh luar, oleh itu gunakan peluang sebaik mungkin untuk merangsang anak seterusnya melahirkan zuriat yang berguna, soleh/solehah, bijak dan patuh pada perintah agama serta ibu bapa.

Emosi - Bayi dalam kandungan mempunyai hubungan terus dengan ibu mereka, sebab itulah ibu mengandung digalakkan agar sentiasa ceria dan tenang supaya anak yang dilahirkan sentiasa rian dan tidak mudah meragam.

Perasaan rindu - Lahirkan perasaan rindu dan ikhlas untuk menanti kelahiran anak dengan belaian lembut.

Muzik, bunyi dan  suara - Perdengarkan muzik terutama zikir dan ayat Al-Quran, serta beberapa jenis bahasa untuk rangsangan pengetahuan asas yang mudah.
- Rakam suara ayah, ibu dan ahli keluarga yang lain dan dengarakan ke perut dengan itu bakal bayi akan mudah mengecam suara setelah dilahirkan.
- Sentiasa berkata-kata dengan suara yang manja, lunak. Mula ajar dengan A,B,C, 1,2,3, pekenalkan diri seperti assalamualaikum, hello. ini ayah/mak, anak ayah/ibu bijak dll.

SEntuhan dan belaian - lakukan dengan isyarat mudah sepeti membelai, menepuk perut dengan lembut, menggosok sekitar perut untuk tenangkan bayi.

Kenalkan perbezaan terang dan gelap - Dengan menggunakan lampu picit suluhkan ke perut selama 5-10 minit.

Yang paling penting adalah:
Banyak mengingati Allah - Islam amat menggalakkan ibu-ibu mengandung mengamalkan perkara yang baik dan meminta ampun kepada Allah. Dengan amalan ini Allah swt mengampunkan dosa-daosa ibu seterusnya membersihkan hati ibu dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini diharapkan anak yang bakal dilahirkan bersih dan suci hatinya dan si ibu dapat bersalin dengan mudah dan tenang.

Banyak melakukan amal - Bnayak melakukan ibadat, kebajikan, meninggalkan segala larangan agama. Ibu mengandung digalakan memperbanyakkan amal ibadat sembahyang sunat, suami juga dituntut untuk memperbanyakkan ibadat.

banyak membaca Al-quran - Membaca Al-Quran  dapat menenangkan jiwa, menghindari daripada gangguan syaitan dan sebagai doa. Antara ayat-ayat yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, surah Yasin, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surahan-Nahl(ayat78) dan surah al-A'raf(ayat 189).
Insyah Allah semua yang dilakukan akan mendapat keberkatan dariNya

Tanggungjawab suami...

1) Memberi nafkah batin dan zahir adalah satu ibadah.

2) Menghiburkan perasaan isteri yang sedang sedih juga termasuk sebagai ibadah.

3) Bantu isteri melakukan kerja rumah adalah ibadah yang berharga.

4) Mengajak isteri mengerjakan solat tahajjud di tengah malam seperti yang dilakukan oleh Nabi kita terhadap isteri baginda.

5) Membimbing anak dalam pelajaran dan menganjurkan agar anak-anak menghafal al-Quran adalah suatu daripada ibadah.

6) Membiayai persekolahan anak adalah ibadah utama.

7) selain itu, membelikan isteri dan anak pakaian adalah ibadah pulak.

8) Subbahan Allah, menunjukan perangai/tingkah laku yang baik untuk dicontohi oleh anak dan isteri juga ibadah.

9) Ibadah utama ialah mengajar dan menekankan solat terhadap anak, dan mengimamkan solat bersama keluarga.

PAHALA...

Suami menjadi medan kepada isteri untuk mengaut ganjaran pahala dan kebajikan sebanyak-banyaknya dengan cara mentaati, melayani suami sebaik mungkin. Setiap layanan dan kebaikan yang dibuat untuk suami Allah janjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda dan nikmat syurga yang maha hebat,… Maha kaya Allah.

PaHaLa N GanJaRAn Dari ALLAH S.W.T..

Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya – “Seseorang wanita yang redha mengandungkan bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya redha pula kepadanya, maka Allah akan member ganjaran pahala sebagaimana pahala puasa fisabilillah. Bila ia merasa sakit ketika bersalin, maka Allah tambah lagi pahala yang tidak terkira oleh manusia disebabkan terlalu banyaknya. Bila telah melahirkan anak dan ia menyusukannya dengan susunya sendiri, maka setiap teguk (satu sedutan) Allah berikan satu kebajikan. Bila ia semalaman tidak tidur kerana mengawasi (menjaga) anaknya yang sering menangis kerana sakit dan sebagainya, maka Allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam fisabilillah dengan ikhlas.” 
(Riwayat At – Tabrani)

GemPa Di Utara Japan

Kereta api penumpang ghaib

thumbnail

ROSAK TERUK...kapal nelayan dan kereta terapung-apung di Pelabuhan Onamaha di Iwaki, Fukushima, selepas dihanyutkan ombak besar, semalam.
ROSAK TERUK...kapal nelayan dan kereta terapung-apung di Pelabuhan Onamaha di Iwaki, Fukushima, selepas dihanyutkan ombak besar, semalam.
TOKYO: Sebuah kereta api yang membawa penumpang masih gagal dikesan selepas hilang ketika gempa bumi melanda timur laut Jepun, semalam.
Menurut sumber, kereta api itu melalui kawasan pantai Jepun apabila ia gagal dikesan.

Memetik sumber polis, agensi berita Kyodo melaporkan, kereta api penumpang itu dikendalikan Syarikat East Japan Railway.

Foto
Ketika kejadian, kereta api itu berada berhampiran stesen Nobiru di landasan menghubungkan Sendai dengan Ishinomaki.

Sementara itu, polis Jepun berkata, pihak berkuasa menemui 200 hingga 300 mayat di kawasan pantai timur laut negara itu selepas kawasan berkenaan dilanda tsunami, semalam.

Sumber berkata, kebanyakan mayat itu ditemui di Sendai, bandar utama paling hampir dengan pusat gempa bumi petang semalam.


FotoGempa sekuat 8.9 magnitud itu mencetuskan tsunami sehingga 10 meter, diikuti lebih 50 gegaran susulan selama beberapa jam.

Kebanyakan gegaran susulan itu sekuat lebih 6.0 magnitud.

Berpuluh-puluh bandar dan perkampungan di sepanjang 2,100 kilometer di timur negara itu turut merasai gegaran berkenaan.

Kesan gempa turut dirasai di Tokyo yang terletak beratus-ratus kilometer dari pusat gegaran.

Sebelum ini, polis mengesahkan sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dan 56 lagi hilang.

Bagaimanapun, jumlah sebenar korban dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa apabila kerja-kerja mengesan dan menyelamat dilaksanakan sepenuhnya

Friday, March 11, 2011

karoake times alamanda....

dinie tgh syok nyanyi...
posing sebelum nyanyi....
kita minum dulu ice lemon tea bagi suara sodap...
gaya bakal seorang penghibur..
lapar lak pulak..so mari makan chicken chop....sodap..sodap..
duet bersama...
darius kepenatan n terus tido....cian anak aku...
nyanyi lagi...layannnnnnn....
hero malaya kepenatan lepas nyanyi...sampai sora tak ada..hahaha....

karoake....

testing..testing...1..2..3...sound check..
posing lak...
anuar denganpenuh perasaan menyanyi...

birthday darius yang ke 2 tahun....so karoake times...alamanda...

Breakfast time...

after bkfst jejalan kat sekitar hotel...
anuar n danish tgh menjamu selera..