KeNYaLanG loVE

KeNYaLanG loVE

Wednesday, June 27, 2012

Hotel Paling Masin

Hotel de Sal Playa ~ Hotel Paling Masin

Sekali pandang, korang mungkin ingat gambar nie ialah rumah peranginan di tepi pantai. Dengan lantainya kelihatan pasir bertaburan, manakala dindingnye diperbuat daripada batu-bata. Bagaimanapun, bangunan itu bukan seperti anggapan kebanyakan orang, sebaliknya ia adalah hotel istimewa yang diperbuat daripada garam. Sebelum layan gambar, baca la sikit info mengenai hotel nie...


  • Nama hotel ini adalah Hotel de Sal Playa dan dibina pada tahun 1993 di Colchani, Bolivia.
  • Hotel ini mempunyai 15 bilik, sebuah dapur, sebuah ruang tamu dan sebuah bar.
  • Hotel tersebut dibina menggunakan garam hampir sepenuhnya, termasuklah perabot didalamnya.
  • Setiap tetamu yang berpeluang menginap di hotel itu pasti terpesona dengan keunikan binaannya.
  • Biasanya, pelancong menghabiskan masa beberapa hari di Hotel de Sal bagi membolehkan mereka benar-benar menikmati keistimewaan bangunan luar biasa itu.
  • Ketika ini, Hotel de Sal menjadi tarikan utama pelancong di Bolivia dan mereka biasanya tidak melepaskan peluang ke situ sebelum menyambung perjalanan ke destinasi lain.
  • Dengan bayaran £84 (RM416) semalam, pengunjung boleh menyewa bilik dan merehatkan badan di atas katil diperbuat daripada garam.
  • Tidak cukup dengan itu, keesokan harinya mereka juga bakal menikmati sarapan di atas perabot menggunakan garam






Foto langit

Foto langit yg sangat indah





















Koleksi foto langit yang sangat indah menunjukkan betapa cantik dan indahnya alam ciptaanNya.

Rumah Mewah Terapung

Rumah Mewah Terapung Bernilai 3 Juta Pound


Rumah Mewah Terapung Bernilai 3juta Pound. Sesuatu yang cukup menarik dengan design yang sungguh mempersonakan. Tapi bila fikirkan harga dia yang meletops-letops mungkin ia sesuatu yang hanya mereka yang mampu sahaja yang dapat memilikinya. Kalo dapat lepak semalam kat rumah ni pun ok gak..


Kalo kat Malaysia letak kat Sungai Klang mau tenggelam dek terperangkap dengan sampah..hehe. Rumah Terapung yang dilengkapi dengan Bar Sundeck, jacuzzi dan akuarium ini hanya berkeluasan 1000 meter persegi. Ia juga turut memiliki 6 bilik, en-suite bilik air dan juga restaurant Area