Di Singapura terdapat kondominium mewah Hamilton Scotts
yang membenarkan penghuninya meletakkan kereta mewah mereka di ruang
tamu. Kereta mewah milik penghuni boleh dipamerkan di ruang tamu mereka
untuk digunakan untuk menunjuk-nunjuk. Dua biji kereta boleh diletakkan
di ruang tamu sekaligus. Kereta dimasukkan ke dalam garaj pada tingkat
bawah sebelum dinaikkan ke ruang tamu setiap kondo dengan menggunakan
lif. Harga sebuah kondo Hamilton Scotts bermula dari SGD 7 juta dan meningkat sehingga SGD 25 juta untuk penthouse empat bilik.
Oasis of the Sea dan kapal kembar beliau Allure of The Sea ialah kapal penumpang terbesar di dunia dengan kapasiti sebanyak 6296 orang
penumpang. Kapal gergasi ini sepanjang 361 meter , selebar 65 meter dan
setinggi 72 meter. Kesemua anak kapal dan penumpang ditempatkan di
dalam 16 geladak kapal seberat 225 282 tan ini.
Bandingkan Oasis of The Sea dengan Titanic yang hanya sepanjang 269
meter dan seberat 46 328 tan dan menempatkan 2435 penumpang. Titanic
juga hanya mempunyai 892 orang anak kapal berbanding 2394 orang anak
kapal di atas Oasis! Holy!
Kapal ini mempunyai 5 buah kolam renang, sebuah pusat membeli belah seluas 10 000 kaki persegi, kabin
dengan balkoni serta amfiteater pada bahagian bunyikannya. Ianya mula
dibina pada tahun 2007 dan siap sepenuhnya pada tahun 2009 dengan kos
sebanyak USD 1.4 Billion!
Tidak seperti Titanic, Oasis of the Sea dilengkapi 18 bot keselamatan
yang mampu menampung 6660 orang penumpang beserta rakit getah tambahan.
Jika Oasis bertembung dengan iceberg kesemua anak kapal dan penumpang
isnyallah selamat. Tetapi anda tak perlu risau tentang iceberg kerana
Oasis of The Sea hanya beroperasi di kawasan air panas Caribbean!
Yas Waterworld ialah sebuah taman tema sebesar 37 ekar yang
akan dibuka Disember ini di Abu Dhabi. Ia merupakan antara projek
pembangunan Pulau Yas, sebuah pulau buatan manusia yang menelan belanja USD 37 Billion. Di atas pulau sama trek Formula 1 Abu Dhabi dan Ferrari World sudahpun dibuka. Yas Waterworld ialah salah satu dari enam enam tarikan utama pelancong ke Abu Dhabi.