Poveglia adalah sebuah pulau kecil yang terletak di
antara Venice dan Lido di Lagoon Venice, utara Itali. Menurut lagenda
pada zaman Rom, pulau nie telah digunakan untuk mengasingkan ribuan
mangsa wabak dan jugak semasa wabak Black Death merebak melalui Eropah.
Cara mengasingkan pesakit nie dianggap sebagai cara yang cekap bagi
mengawal pesakit berjangkit. Lebih dari 160,000 orang telah meninggal
dunia di pulau ini sepanjang sejarahnya. Ada sesetengah cerita
menyatakan bahawa bangunan-bangunan yang didirikan pada tahun 1922 di
pulau ini telah digunakan untuk pelbagai kegunaan termasuk sebagai
hospital sakit jiwa. Sesetengah cerita pula menyatakan bahawa dahulu
pernah seorang doktor yang bekerja disini diseksa dan dibunuh kejam oleh
pesakit-pesakit.
No comments:
Post a Comment