Bagi masyarakat Bidayuh, perkahwinan ialah satu cara untuk menjadi
anggota dan menikmati hak sebagai anggota biik atau ramin itu.
Masyarakat Bidayuh mengamalkan monogami sahaja.Oleh sebab larangan yang
kuat terhadap inses, perkahwinan luar daripada keluarga sendiri ialah
peraturan penting dalam masyarakat tersebut. Majlis perkahwinan yang
diadakan sangat bergantung pada kemampuan ekonomi keluarga pengantin.
Antara cara melangsungkan perkahwinan adalah melalui amalan
'nyagam',iaitu apabila bakal suami dihantar bersama-sama segala tikar
bantalnya ke kediaman bakal isteri setelah mendapat persetujuan daripada
pihak perempuan. Perkahwinan yang sempurna ialah perkahwinan yang
melibatkan pengetahuan, peranan dan perancangan oleh ibu bapa kedua-dua
belah pihak. Perkahwinan juga mungkin melibatkan peranan orang
perantaraan atau dikenal sebagai picara di kalangan masyarakat Selako
untuk mewakili pihak lelaki. Setelah semua pihak bersetuju, hari dan
masa yang sesuai akan ditetapkan.
No comments:
Post a Comment