KeNYaLanG loVE

KeNYaLanG loVE

Wednesday, May 29, 2013

Cinta Monyet....

 


Korang mesti pernah lalui cinta monyet kan!! Pada yang tak tahu, cinta monyet tuh bukanlah kita bercinta dengan monyet, tapi cinta monyet tuh lebih kurang cinta zaman remaja. Cinta suka-suka dan belum pasti dengan hubungan cinta tu pada masa depan.







  Kadang-kadang cinta monyet ni ada yang kekal sampai ke jinjang pelamin. Ye lah, kalau kedua-dua pasangan setia dan sentiasa berhubungan sampai meningkat dewasa. Tapi kebanyakan cinta monyet ini tak kekal. Hanya sekadar cinta ketika alam persekolahan dan remaja. Selepas tamat belajar dan meningkat dewasa, biasanya mereka akan mencari pengganti yang lebih baik.



Teringat zaman aku dulu-dulu. tak macam sekarang, kalau bercinta boleh terus SMS, Facebook, Twitter dan BBM. macam-macam kemudahan nak berhubung ada. Masa zaman aku dulu hanya surat yang menjadi pengganti diri. Gigih karang panjang-panjang. Ayat bukan main jiwang karat. Siap letak bedak dekat surat. Semata-mata untuk pasangan mereka. Sweet kan!! Bukan mudah dulu-dulu nak bercinta.



"Posmen" juga jadi orang penting dalam hubungan cinta monyet. Tak kan pasangan yang bercinta tu nak bagi surat tuh sendiri sesama mereka kan. Sudah pasti akan ada orang tengah atau lebih terkenal dipanggil "posmen". Tapi kan pernah juga jadi kes di mana akhirnya, posmen tuh yang bercinta dengan salah sorang diantara pasangan tersebut.

No comments:

Post a Comment