KeNYaLanG loVE

KeNYaLanG loVE

Thursday, September 29, 2011

KRONOLOGI: Highland Towers

11 Disember 1993: Pangsapuri Blok A Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang runtuh pada 1.35 petang. Pembantu rumah seorang penghuni kondominium di Tingkat 7, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya, Nur Hamidah Najib, 18 bulan diselamatkan. Nakajima Shizue, 50, rakyat Jepun turut diselamatkan daripada runtuhan itu tetapi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 12 tengah malam.


12 Disember: Penghuni Blok B dan C Highland Tower di Taman Hillview, Hulu Klang diarah mengosongkan rumah mereka kerana tidak selamat. Pasukan mencari dan menyelamat dari Britian dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu.


13 Disember: Sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khusus untuk menangani semua masalah berhubung tragedi Pangsapuri Highland Towers.


15 Disember: Pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur menjadi cebisan daging dan tengkorak dalam runtuhan itu. Antara yang dijumpai lengan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta serpihan tulang. Empat mayat reput itu dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan.


16 Disember: Umi Rashidah dan Nur Hamidah dibenarkan keluar daripada HKL.


17 Disember: Jawatankuasa Khas Kabinet bersetuju dengan cadangan penyelamat supaya operasi menyelamat mangsa hidup dihentikan.


18 Disember: Pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat seorang kanak-kanak.


19 Disember: Pasukan penyelamat menemui tiga mayat iaitu satu mayat wanita reput terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta jam 7 malam. Mayat kedua, juga wanita ditemui jam 8.30 malam berdekatan mayat pertama manakala mayat ketiga dipercayai lelaki jam 10.15 malam.


20 Disember: Setakat ini, 25 mayat termasuk seorang yang memeluk al-Quran ditemui di tingkat 12. Turut ditemui mayat seorang wanita yang memakai sari dan sedang memeluk seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.


21 Disember: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan 48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha. Jenazah anak lelaki tunggal bekas Perdana Menteri Datuk Musa Hitam, Carlos Rashid dan isteri, Rozita Datuk Abu Bakar, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru.


22 Disember: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan.

Monday, September 26, 2011

Anakku darius admit hospital putrajaya..





masa ni kami baru balik bercuti di kuching...tetiba darius kena cirit birit...bila bawa g klinik doktor kata sakit perut biasa...yang buat aku tak puas ati coz sampai ke maghrib dia masih cirit birit..so apa lagi my hubby terus bawa g hospital putrajaya...doktor terus masukkan air melalui tangan darius...pas tu dia punya lah meragam...doktor buat keputusan utk darius dimasukkan ke wad coz dia nak tgk perkembangan kesihatan darius...malam tu aku n darius pun check in lah dalam wad kanak2.....after 2 days darius dah ok....so legalah...darius dah sembuh..alhamdulillah...thanx to puan rani coz luluskan evl aku...

Sunday, September 25, 2011

camerom highlands.....





keindahan ladang teh cameron highlands....






Ketulusan cinta na dan abg....

Sesuatu yang tak bisa diucapkan..
jangan dipaksa untuk diucap..
sebaliknya dimengertikan saja..
kerana masih banyak makna yang bisa kita rungkai..
lewat sebuah ketulusan hati..
maka berdirilah disampingku..
dan terangilah setiap jalanku..
seperti Adam menerangi Hawanya..
seperti aku yang tulus menyintaimu..

hati hanya bisa mencintai..
kaki hanya bisa melangkah sejauh lelah..
tatapan tak selamanya indah..
tapi memiliki kasih sayang darimu..
adalah keabadian tidak ternilai bagiku..
selagi cinta kita bersatu...

khas buat suamiku hishamuddin...

Hishamuddin suamiku...
diantara kemeriahan dan bintang..
aku memilih sunyi..
dimana telah ku tanam hektaran rindu untukmu..
ketika malam berjauhan hingga terdampar pagi..
untuk kesekian kalinya..
aku merasa kau begitu jauh..
meskipun kita saling berteduh..dibawah langit yang sama..

hishamuddin suamiku...
jika kau percaya angin adalah satu..
jika kau percaya samudera adalah biru..
akan ku nyanyikan rindu ini..
lewat angin..lewat laut..lewat sunyi..
dan hingga malam menjelma....

kesunyian yang ku rasa....

Ketika sinar rembulan pucat
Sesosok rindu tanpa sayap..
terbang ke langit malam..
gelap mata..gelap hati..
membuat aku terlupa dimana tempat bersinggah..
gelap malam menghapuskan arah dan tujuan..

Dingin sunyi menjadi saksi..
jiwa-jiwa yang menggigil..
terperosok ke ceruk jurang malam..
dalam sedalam hatimu..
sunyi tanpa keheningan..
sunyi dalam kebisuan..
disitulah aku terdampar sendiri..
mendakapi kerinduan....

Friday, September 2, 2011

VACATION AT GENTING 2011















ni pic yng sempat di upload...percutian sekitar mac n april 2011..suhu masa ni sekitar 15'c..mmg sejuk..yng best nye ms ni tak ramai guest yng check-in htl...so tak payah nk berebut2 main games..bagi aku n hubby,percutian ke Genting adalah wajib bg kami setiap tahun coz anak2 aku suke g cni....insyallah klu ada rezeki lebih...ujg thn ni kami ke sini lagi....amin....