KeNYaLanG loVE

KeNYaLanG loVE

Sunday, September 23, 2012

Kondo Mewah Dengan Garaj Di Ruang Tamu...




Di Singapura terdapat kondominium mewah Hamilton Scotts yang membenarkan penghuninya meletakkan kereta mewah mereka di ruang tamu. Kereta mewah milik penghuni boleh dipamerkan di ruang tamu mereka untuk digunakan untuk menunjuk-nunjuk. Dua biji kereta boleh diletakkan di ruang tamu sekaligus. Kereta dimasukkan ke dalam garaj pada tingkat bawah sebelum dinaikkan ke ruang tamu setiap kondo dengan menggunakan lif. Harga sebuah kondo Hamilton Scotts bermula dari SGD 7 juta dan meningkat sehingga SGD 25 juta untuk penthouse empat bilik.

Oasis of The Sea : Kapal Penumpang Terbesar Dunia





Oasis of the Sea dan kapal kembar beliau Allure of The Sea ialah kapal penumpang terbesar di dunia dengan kapasiti sebanyak 6296 orang penumpang. Kapal gergasi ini sepanjang 361 meter , selebar 65 meter dan setinggi 72 meter. Kesemua anak kapal dan penumpang ditempatkan di dalam 16 geladak kapal seberat 225 282 tan ini. Bandingkan Oasis of The Sea dengan Titanic yang hanya sepanjang 269 meter dan seberat 46 328 tan dan menempatkan 2435 penumpang. Titanic juga hanya mempunyai 892 orang anak kapal berbanding 2394 orang anak kapal di atas Oasis! Holy!

Kapal ini mempunyai 5 buah kolam renang, sebuah pusat membeli belah seluas 10 000 kaki persegi, kabin dengan balkoni serta amfiteater pada bahagian bunyikannya. Ianya mula dibina pada tahun 2007 dan siap sepenuhnya pada tahun 2009 dengan kos sebanyak USD 1.4 Billion!

Tidak seperti Titanic, Oasis of the Sea dilengkapi 18 bot keselamatan yang mampu menampung 6660 orang penumpang beserta rakit getah tambahan. Jika Oasis bertembung dengan iceberg kesemua anak kapal dan penumpang isnyallah selamat. Tetapi anda tak perlu risau tentang iceberg kerana Oasis of The Sea hanya beroperasi di kawasan air panas Caribbean!

20 Rekabentuk Pesawat Pelik.....








































Yas Waterwold : Taman Air Terbesar Timur Tengah





Yas Waterworld ialah sebuah taman tema sebesar 37 ekar yang akan dibuka Disember ini di Abu Dhabi. Ia merupakan antara projek pembangunan Pulau Yas, sebuah pulau buatan manusia yang menelan belanja USD 37 Billion. Di atas pulau sama trek Formula 1 Abu Dhabi dan Ferrari World sudahpun dibuka. Yas Waterworld ialah salah satu dari enam enam tarikan utama pelancong ke Abu Dhabi.

Gambar Nasional Geografik Terbaik 2012