KeNYaLanG loVE

KeNYaLanG loVE

Tuesday, April 30, 2013

Tuvalu - Pulau Yang Bakal Lenyap..

Pulau Tuvalu atau lebih dikenali sebagai Ellice Islands, adalah gugusan 9 buah pulau terletak di Lautan Pasifik diantara Hawaii dan Australia. Negara yang berjiran dengan Tuvalu yang mungkin korang pernah dengar adalah seperti Kiribati, Nauru, Samoa dan Fiji.

Keluasan pulau nie hanyalah 26 kilometer persegi dan berada hanya pada 4.5 meter dari aras laut. Dengan keadaan pemanasan global yang semakin meningkatkan paras laut dunia, dijangkakan 50 tahun lagi pulau-pulau tersebus akan lenyap dari peta dunia jika paras laut semakin meningkat.

Korang tengok la gambar2 kat bawah nie, kalau kena tsunami boleh lenyap terus semua penduduk-penduduk negara nie. Tapi nak buat macam mana kan, tu lah tempat kelahiran dan cari rezeki diorang, mesti la rasa sayang nak tinggalkan. Keadaan yang macam banjir tue adalah keadaan bila laut pasang.
















Inilah Cara Orang Miskin US Dikebumikan

HOMEWOOD, Amerika Syarikat (AS) – Sebanyak 30 mayat yang merupakan orang paling miskin kerana tidak mempunyai wang untuk membiayai kos pengebumian sendiri telah dikebumikan dalam sebuah lubang kubur di kawasan perkuburan Homewood Memorial Gardens. Tiada seorang pun rakan atau saudara si mati yang datang untuk menyaksikan pengebumian itu. Situasi ekonomi yang sukar di AS menyebabkan terdapat peningkatan pengebumian orang yang amat miskin termasuk di Chicago dan di kawasan sekitarnya.









Perkampungan kecil dalam gua

Jika anda salah seorang peminat siri animasi Flintstones, sudah tentu mengetahui bagaimanakah kehidupan mereka dalam cerita tersebut. Flintstones merupakan kartun yang hidup dalam zaman batu dan tinggal di rumah batu seperti gua. Kali ini konsep yang sama juga berlaku pada zaman sekarang. Terdapat sebuah perkampungan kecil yang mana mereka tinggal di dalam gua. Walaubagaimanapun kami tidak mengetahui di manakah lokasi sebenar perkampungan ini. Jom lihat gambar di bawah ini.



















Tempat Yang Tidak Boleh Anda Kunjungi...

Dunia ini adalah penuh rahsia! Ada beberapa tempat di dunia yang kita tidak mengetahui mengenainya dan walaupun kita tahu, tempat – tempat ini adalah tidak boleh kita kunjungi. Entry kali ini memaparkan tempat yang paling tertutup diseluruh dunia dan hampir tidak mungkin untuk masyarakat umum mengunjunginya !!

Mezhgorye

Ini adalah kota tertutup di Rusia yang terletak di Gunung Yamantaw, kota yang didirikan pada tahun 1979 ini berada pada ketinggian 1640 m dari aras laut. Kota ini disyaki oleh AS sebagai tempat rahsia pembuatan senjata nuklear. Projek besar ini mula diamati oleh satelit AS pada tahun 1990. AS meminta penjelasan dari pihak Rusia mengenai tempat ini, tetapi pihak Rusia menyatakan itu adalah tapak perlombongan.

Vatican Secret Archives

Di arkib Vatican ini, anda tidak boleh masuk ke tempat ini dan melihat dokumen sewenang – wenangnya sesuka hati, anda harus membuat permohonan terlebih dahulu untuk sesebuah dokumen kepada pihak yang mentadbir Vatican. Tidak semua buku anda boleh lihat, hanya dokumen yang sudah berusia 75 tahun kebawah saja yang dibenarkan. Disini, terdapat 35 000 buah buku dalam katalog dan itu membentuk satu barisan sepanjang 84 Km.

Club 33

Disneyland adalah tempat hiburan untuk kanak kanak mahupun orang dewasa, tiada satu pun tempat di Disneyland yang tidak bebas dilawati kecuali Club 33 ini. Tidak mudah untuk masuk ke Club ini, selain sekuriti yang sangat ketat, tempat ini juga menggunakan finger screen. Menjadi ahli club eksklusif club ini tidaklah mudah dan murah, selain daripada pendaftaran sekitar 10-30 ribu US$, anda juga harus menunggu selama 14 tahun untuk menjadi waiting list

Moscow Metro-2

Metro-2 di Moskow adalah sistem kota bawah tanah terbesar di Dunia, kota ini dibangunkan pada zaman pemerintahan Stalin. Kota ini adalah sangat rahsia, sehinggakan wartawan yang ingin menulis mengenai kota ini selalu tidak pernah dibenarkan oleh pihak pemerintah.

Area 51

Area 51 (atau lebih dikenal sebagai US Air Force Flight Test Center, Detachment 3 dan juga nama samaran lain iaitu Dreamland, Watertown Strip, Paradise Ranch, The Farm, The Box, Groom Lake, dan juga The Directorate for Development Plans Area) adalah sebuah daerah terasing di bahagian selatan Nevada, yang dimiliki oleh Tentera Amerika, yang digunakan sebagai pusat pembangunan rahsia untuk ujian pesawat – pesawat tempur generasi baru. Area ini juga sangat terkenal kerana disyaki sebagai pusat penelitian UFO yang sehingga sekarang dianggap sebagai salah satu konspirasi yang belum terungkap.
Semua sampel-sampel mahkluk luar angkasa yang pernah jatuh ke bumi dieskavasi ke pangkalan AS itu ,kononnya untuk diteliti oleh para ilmuwan. Yang menjadikan area 51 semakin misteri adalah kerana tempat itu sangat tertutup dan hanya orang-orang yang tertentu sahaja yang boleh masuk ke tempat itu.

Room 39

Bilik 39 atau dikenali sebagai Biro 39 adalah satu-satunya organisasi haram yang disokong penuh oleh suatu negara dan beroperasi disuatu negara lain. Organisasi ini ditubuhkan untuk mencari cara memperoleh mata wang asing untuk Kim Jong-il. Bilik ini didirikan pada tahun 1970-an dan tidak diketahui dari mana nama ini berasal. Cara kerja Biro ini adalah menggunakan bank di China dan Swiss, untuk tujuan pemalsuan, pencucian wang dan transaksi haram. Bilik 39 diyakini berada di dalam sebuah bangunan Parti Buruh di Pyongyang, ibukota Korea Utara.

Ise Grand Shrine

Adalah kuil paling suci di Jepun. Tempat ini didedikasikan untuk Amaterasu (dewi matahari) dan telah wujud sejak 4 SM, Kuil ini berfungsi untuk menyimpan beberapa dokumen dan beberapa item penting maharaja Jepun. Tempat ini sangat sangat sulit untuk dikunjungi, kecuali kaskuser, iaitu seorang pendeta yang menjadi anggota keluarga maharaja.

Mount Weather Emergency Operations Center

Ini adalah tempat yang tidak hanya tertutup kepada umum malahan tempat itu adalah tempat yang mengharapkan manusia tidak menjejakkan kakinya di sana. Lokasi yang berada di Virginia ini digunakan sebagai pusat operasi untuk Federal Emergency Management Agency (FEMA). Tempat ini menjadi tempat terlarang kerana disana terdapat sistem gelombang frekuensi yang sangat tinggi yang menghubungkan US dengan rangkaian tentera dan Negara lain diseluruh dunia

RAF Menwith Hill

RAF Menwith Hill adalah pangkalan tentera yang mengoperasikan stesen satelit bawah tanah dan didakwa sebagai stesen pemantauan elektronik terbesar di dunia. Tapak yang terletak di Skipton A59 Road ini dibangun oleh Departmen Pertahanan AS.


Rumah Sempit Yang Direka Dengan Bijak Di Jepun





















10Perkara 'JANGAN' Tentang Handphone

1. Jangan Simpan Dalam Poket
Bagi lelaki yang suka menyimpan handphone (hp) didalam poket seluar, sebaiknya sebaiknya selepas membaca ni akan berfikir dua kali kerana, hp menghasilkan medan elektrostatik & elektromagnetik yang mengakibatkan ketidaksuburan lelaki.

2. Jangan Guna Dekat Barangan Elektronik
Jangan gunakan hp ketika isyarat lemah berdekatan barangan elektronik berkuasa tinggi. Contoh barangan elektronik mengeluarkan medan elektonik yang tinggi seperti televisyen, oven, peti sejuk, radio dan lain-lain.. daya yang dikeluarkan oleh barangan tersebut boleh mengakibatkan kebakaran pada printer circuit board (pcb) dalam hp terbakar.

3. Jangan Dekat Dengan Kunci Kereta
Dalam keadaan tertentu, hp yang digunakan dalam kendaraan akan memberikan impak kerosakan terhadap peralatan elektronik kenderaan. Hp yang diletakkan terlalu dekat dengan kunci kenderaan boleh mangakibatkat terhapusnya kod yang ada dalam sistem elektronik pada kunci kenderaan tersebut.

4. Jangan Dekat Dengan Komputer
Komputer & hp adalah alat yang gelombang elektromagnetik. Jika berada dalam jarak yang dekat, maka keduanya akan saling merosakkan. Anda tentu tidak ingin kalau kedua-dua gajet kegemaran anda kerosakkan ?

5. Jangan Simpan di Tempat Bersuhu Tinggi
Tempat bersuhu tinggi, kelembaban tinggi, & berdebu merupakan geng musuh hp anda.. Mungkin anda tidak menyedari yang anda sering kali “menjemur” hp anda di atas dashboard kereta, tingkap & beg.


6. Jangan Meletakkan Kad SIM Dekat Magnet
Bahaya kad SIM dekat dengan benda-benda yang mengandung magnet kerana radiasi yang dipancarkan. Hp juga berkebolehan untuk merosakkan kad memori & kad kredit anda.

7. Jangan Dekat dengan Logam
Hindari hp anda daripada berdekatan dengan logam-logam kecil kerana speaker hp anda akan menarik benda-benda tersebut. Hp akan mengalami kerosakan fizikal.


8. Jangan Dekat Alatan Hospital
Kebanyakan hospital adalah tempat yang paling tak sesuai untuk hp. Selaian pesakit memerlukan ketenangan, peralatan media seperti alat bantuan pendengaran & alat pengepam jantung akan terganggu. Jangan kerana hp, anda menjadi seorang pembunuh dalam senyap


9. Jangan Dekat Dengan Gas Yang Mudah Terbakar
Gas merbahaya kerana mempunyai tekanan yang tinggi dan juga mudah terbakar. Berada dekat dengan gas yang mudah terbakar boleh mengakibatkan hp anda tidak berfungsi dengan baik.


10. Jangan Basah
Rasanya kita semua sudah tahu betapa bahayanya air bagi hp. Air juga musuh kepada kamera hp.. Apatahlagi ketika musim hujan, boleh mengundang banyak masalah. Bagi penunggang motorsikal, bersiap sedialah untuk menyembunyikan hp anda sebelum hujan tiba.

MaKaNaN YaNg ComEL...