KeNYaLanG loVE

KeNYaLanG loVE

Friday, October 12, 2012

Sekolah Buluh Di Bali

Green School Ini ialah sebuah sekolah antarbangsa mesra alam yang terletak di Bali. Ianya berbeza dari kebanyakkan sekolah kerana ianya dibina menggunakan buluh. Bangunan sekolah, astaka dan jambatan yang menyambungkan sekolah dibina dari buluh yang di ambil dari kawasan berdekatan. Sistem kelas terbuka juga menurut pengasas Green School merapatkan lagi pelajar dengan alam sekitar mereka. Ini diharapkan akan membuatkan mereka lebih menghargai keindahan alam sekitar yang sedia ada.  Sekolah ini terbuka kepada semua orang tetapi buat masa ini 80% dari 300 orang muridnya adalah terdiri dari expatriat. 20% lagi terdiri dari kanak-kanak tempatan yang diberikan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di sini. Ini adalah kerana yuran tahunan sekolah ini amat mahal iaitu diantara USD 9000 - USD13 000 (RM 27000 - 39 000) untuk satu penggal. Tiada warga Bali yang mampu membayar yuran yang mahal macam ini!