KeNYaLanG loVE

KeNYaLanG loVE

Sunday, August 28, 2011

4 MANGSA BELL 412-SP GAGAL DITEMUI...

pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui bangkai helikopter Bell 412-SP terbenam sedalam 55 meter di dasar laut, kira-kira lapan batu nautika di Timur Laut Pulau Tiga.

Bagaimanapun tiada mangsa ditemui di dalam bangkai pesawat berkenaan dan usaha untuk mengangkat tinggalan pesawat itu menemui kegagalan berikutan arus deras di dasar laut dan cuaca buruk.

Sebelum itu, beberapa serpihan dipercayai komponen helikopter itu ditemui terapung pada jam 2.22 pagi hari terbabit, enam kilometer ke Utara dari lokasi hubungan terakhir juruterbangnya dengan menara kawalan.

Gerakan intensif SAR yang masuk hari kesembilan, masih ditumpukan di kawasan perairan sekitar Barat Laut Pulau Tiga dan beberapa lokasi antara tempat terakhir perhubungan dibuat dengan menara kawalan serta kawasan penemuan tiga mayat sebelum itu.

Mayat keenam yang berada dalam keadaan sudah reput ditemui pada 14 Disember iaitu selepas lebih dua minggu tragedi itu berlaku.

Pada 15 Disember 1995, akhirnya bangkai helikopter itu berjaya dikeluarkan dari dasar laut selepas usaha itu beberapa kali tergendala akibat keadaan cuaca dan persekitaran. Ia kemudian membawanya ke darat untuk siasatan terperinci.

Bangkai helikopter itu dibawa dari tempat kejadian dengan sebuah tongkang yang disewa khas oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) ke jeti Pelabuhan Kota Kinabalu. Helikopter berkenaan berada dalam keadaan remuk bahagian kabin, ekor dan kipas.

Usaha diteruskan untuk mencari empat lagi mangsa yang belum ditemui. Pasukan penyelam yang diupah syarikat Sabah Air pula hanya menemui dua jaket keselamatan, satu kemeja T warna hitam, sepasang kasut keselamatan dan beberapa bahagian tubuh manusia iaitu dagu dan tulang rusuk sepanjang gerakan mencari dilakukan.

Dalam tempoh beberapa bulan selepas tragedi itu, banyak teori timbul mengenai mangsa yang hilang itu termasuk kemungkinan dimakan hidupan laut. Ada teori yang mengatakan mayat mereka berkecai akibat terkena kipas pesawat, sebelum dimakan hidupan laut.

Malah pada suatu ketika, ada yang mengatakan mereka mungkin 'ditelan penunggu laut' dan sudah pasti tidak ditemui lagi. Bagaimanapun semua teori itu tidak disahkan.

Selain mayat yang masih hilang, punca kejadian turut mendapat perhatian utama. Banyak teori dikemukakan termasuk enjin rosak dan kehabisan minyak sebelum terhempas.

Ada juga teori mengaitkan pesawat itu meletup dan musnah gara-gara terkena tembakan tentera laut yang menjalankan latihan di kawasan berkenaan.

Dakwaan itu timbul berikutan pasukan mencari dan menyelamat kononnya berjaya menemui sekeping sayap pesawat kawalan jauh tidak jauh dari nahas. Sayap merah itu tertulis perkataan 'target' selain nombor telefon.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menolak kemungkinan itu kerana ketika kejadian tidak ada latihan ketenteraan dijalankan di kawasan berkenaan.

Empat hari selepas kejadian, beberapa pegawai DCA dan Sabah Air media menolak kemungkinan kerosakan mekanikal sebagai punca kejadian kerana dalam keadaan biasa juruterbang yang menghadapi masalah mekanikal mempunyai masa yang cukup untuk menghantar isyarat kecemasan.

Kini, selepas lebih 11 tahun tragedi itu berlalu, persoalan mengenai nasib empat lagi mangsa yang belum ditemui, masih menjadi misteri.

No comments:

Post a Comment