KOLAM AIR PANAS PANCHOR
Sabtu 2hb April 2011, aku pergi ke Kolam Air Panas Panchor yang terletak di Kampung Panchor Dayak, Kota Padawan. Sarawak. Perjalanan dari Kuching ke Kolam Air Panas Panchor ni mengambil masa lebih kurang 45minit. Dari Kuching, ambil jalan menuju ke Airport, seterusnya ke Batu 7, pastu Serian n pastu Siburan, barulah jumpa satu signboard kecik ke Panchor di sebelah kanan. Kolam Air Panas Panchor ni tak lah terkenal sangat di Kuching ni berbanding dengan Kolam Air Panas Anah Rais, tapi masih boleh dimajukan sebagai lokasi perlancongan dan sebagai salah satu tempat yang menarik di Kuching ni.
Mengikut cerita yang diperturunkan dari generasi ke generasi, Panchor Hot Spring ini mula ditemui sekitar tahun 1840, abad ke-19, sewaktu kawasan tersebut mula diterokai untuk tujuan berhuma padi oleh En. Janang, En. Mancha, En. Ringah, En. Rangkeng dan En Nyangah. Mereka merupakan pengusaha pertama kawasan tersebut dan seterusnya pengasas kepada kewujudan Kampung Pachor Dayak yang ada pada hari ini. Mengikut kepercayaan penduduk setempat, adalah dipercayai Panchor Hot Spring ini merupakan salah satu lokasi tempat mandi manda oleh puteri raja kayangan pada waktu pagi dan senja dan dengan mengamalkan mandi di Panchor Hot Spring ini boleh menyembuhkan penyakit kulit dan sebagai awet muda.
Jalan untuk masuk ke Panchor Hot Spring ini agak sunyi dan berliku2, sesuai untuk buat drift tapi kena hati2 lah sebab jalan dia sempit, kalo terbabas konfem masuk dalam tali air. Lebih kurang 1km sebelum sampai ke Panchor Hot Spring ini, anda akan bertemu dengan jalan yang agak teruk, bukan jalan tanah merah tapi jalan berbatu kerikil yang agak besar dan berlubang2, so drive carefully lah ye.
Untuk masuk ke Panchor Hot Spring ini setiap pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM3 seorang dan dibuka setiap hari sampai pukul 6 petang. Ada hari yang dibuka sampai pukul 9 malam, tapi tak berapa pasti hari apa, sori ye…hehehe. Dari segi kemudahan tandas dan tempat salin baju amatlah mengecewakan, sebab terlalu kotor dan hancing. Keadaan kolam pula terutamanya papan lantai kolam amatlah licin sebab penuh dengan lumut. Khabarnya, kawasan Panchor Hot Spring ini dimajukan oleh orang perseorangan, sebab tu maintenance kawasan ini agak kureng sikit.
Anyway, air dia memang panas, sesuai dengan nama dia, tak macam Kolam Air Panas Bentong dekat Pahang, air dia suam2 kuku je. Saya tak berapa pasti dari mana punca air panas di Panchor Hot Spring ni, dan nak kata macam kolam pun nampak macam bukan kolam, lebih kepada parit air yang telah digali dan dibesarkan untuk tujuan mandi manda. Ulasan selanjutnya, tengok je lah gambar2 di bawah ni, kualiti gambar kurang bagus sebab ambil pakai handphone N70 je.
Kesimpulannya, Panchor Hot Spring ni ada potensi untuk dimajukan sebagai salah satu daripada produk perlancongan di negeri Sarawak ni dan Kerajaan Negeri seharusnya memberi bantuan kewangan dan lain-lain galakan kepada pengusaha Panchor Hot Spring ini.
Keseluruhannya, tempat ni bagus untuk :-
- mandi air panas, sebab air dia memang panas
- aktiviti santai bersama ahli keluarga di hujung minggu
Perkara2 yang perlu diperbaiki :-
- kemudahan dan kebersihan tandas
- kebersihan bilik menyalin pakaian yang busuk dan hancing
- perlu ada bilik mandi tertutup, untuk pengunjung membilas dan mencuci badan
- papan lantai kolam yang berlumut dan licin berbahaya kepada pengunjung terutama kanak-kanak
- keadaan kolam tu sendiri, sepatutnya bersimen dan airnya dibiarkan mengalir, bukan bertakung macam parit air je
- papan tanda untuk masuk ke kawasan kolam dan kemudahan jalanraya haruslah dipertingkatkan lagi
Sekarang, tempat ni dah jauh lebih baik
ReplyDelete