KeNYaLanG loVE

KeNYaLanG loVE

Sunday, August 28, 2011

FLIGHT TERHEMPAS ....FLIGHT VVIP..

31 tahun lalu, negara dikejutkan dengan kejadian pesawat terhempas yang mengorbankan hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah termasuk Ketua Menterinya, Allahyarham Tun Mohd Fuad Stephens bersama 11 anggota rombongan. Kejadian itu berlaku sejurus selepas azan berkumandang dari Masjid Negeri Kota Kinabalu iaitu kira-kira jam 3.50 petang, tanggal 6 Jun 1976.

Sebahagian besar rakyat kini sudah lupa atau tidak tahu menahu mengenai malapetaka itu, yang digelar sebagai peristiwa 'Double Six' kerana berkait rapat dengan tarikh 6/6/1976.

Namun, peristiwa itu sebenarnya mengubah senario penggunaan pesawat atau helikopter yang membawa orang kenamaan (VIP). Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP atau VVIP untuk menaiki pesawat sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai.

Peristiwa itu turut mengorbankan Menteri Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Peter Mojuntin; Menteri Perhubungan dan Kerjaraya, Datuk Chong Tahin Vun; Menteri Kewangan, Datuk Salleh Sulong dan Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri).

Turut terbunuh ialah Allahyarham Wahid Andu (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan), Allahyarham Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri), Allahyarham Ishak Atan (Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah), Allahyarham Kopral Mohd Said (pengawal peribadi kepada Tun Fuad), Mendiang Gandhi J Nathan (Pemandu Pesawat), Allahyarham Johari Tun Fuad (anak kepada Tun Fuad Stephens).


Bagi penduduk Kampung Sembulan, mereka menyangka bahawa pesawat yang berpusing-pusing di udara selama lima minit itu dianggap perkara biasa dan latihan penerbangan yang biasa berlaku pada setiap hujung minggu.

Namun, mereka silap dan ternyata ia menjadi antara nahas udara terburuk berlaku di negara ini. Tempat kemalangan itu terletak kira-kira dua kilometer dari bandar dan Lapangan Terbang Antarabangsa, Kota Kinabalu.

Dentuman kuat menyebabkan kebanyakan rumah bergegar iaitu dengan jarak hanya 100 meter dari rumah penempatan penduduk dan terpacak di kawasan laut yang cetek. Pesawat yang terhempas adalah jenis 慛omad�, buatan Australia yang boleh memuatkan enam orang anak kapal.

Tidak sampai sepuluh minit selepas kejadian itu, beribu-ribu manusia cuba menghampiri tempat kejadian. Pasukan keselamatan dan pertolongan cemas bertungkus lumus membantu anak kapal. Pasukan keselamatan segera menghampiri jenazah pertama iaitu jenazah Allahyarham Syed Hussein Wafa.

Mayat yang terhempas menjadi begitu lembik seolah-olah 憇epasang baju�. Mayat kedua sampai ialah Kopral Mohd Said, juga dalam keadaan yang sama. Pasukan keselamatan cuba menghalang ramai ke kawasan nahas.

Pada awal pagi sebelum kejadian, Allahyarham Mohd Fuad menyertai pertandingan berjalan kaki bersama orang ramai di Kota Kinabalu. Pada jam 10 pagi beliau ke Labuan untuk upacara perasmian kilang penapis minyak bersama Menteri Kewangan Persekutuan ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah.

Memandangkan ajalnya telah sampai, beliau meminta penerbangan dipercepatkan walaupun penerbangan asal adalah pada jam 5 petang (apa punya ayatla reporter ni pakai). Mohd Fuad menaiki pesawat itu bersama 10 yang lain termasuk anak kapal. Pesawat terbabit sepatutnya hanya boleh membawa enam penumpang saja tetapi dinaiki oleh sebelas orang.

Syed Abdullah yang menulis mengenai Tun Fuad: Kenangan Sepintas Lalu, menyebut bahawa juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan.

Paul Raffaelle pula berpendapat ia berlaku disebabkan kesilapan juruterbang gagal mengendalikan pesawat dengan baik, terutama ketika hendak mendarat. Pengendalian pesawat yang kurang cekap menyebabkan salah satu kipas gagal berfungsi menyebabkan pesawat terus menjunam ke bawah.

Paul Hughes, iaitu jurutera pesawat yang didatangkan khas dari Melbourne, Australia berusaha mengumpulkan maklumat untuk mendapatkan punca nahas. Berdasarkan hasil siasatan, mereka menafikan bahawa ia disebabkan kerosakan pesawat ketika penerbangan.

Walaupun terdapat banyak hipotesis dibuat terhadap perkembangan nahas 慸ouble six� namun bagi penulis lebih bersetuju dengan pendapat yang diucapkan Datuk Harris Salleh, pemimpin parti Berjaya ketika itu bahawa ia sangat berkaitan dengan faktor 慿ecuaian manusia�.

Katanya, ia mempunyai kaitan dengan kesilapan dilakukan pemandu pesawat yang tidak dapat mengawal kedudukan pesawat ketika berada di ruang udara sementara menunggu untuk mendarat.

Faktor lain seperti lebihan muatan juga mempengaruhi kejadian nahas itu. Kenyataan Harris itu disokong oleh isteri Mohd Fuad, Toh Puan Rahimah Stephens yang menganggap peristiwa terbabit sebagai suatu kemalangan dan menolak sama sekali perbuatan sabotaj. Beliau yakin bahawa nahas itu kerana kecuaian juruterbang.

Anggota Kabinet yang terbunuh termasuk Mohd Fuad, baru mengangkat sumpah setelah memenangi pilihan raya negeri yang diadakan antara 5 hingga 14 April 1976. Dalam pilihan raya itu, parti Berjaya telah menewaskan Usno setelah memenangi 28 daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perdana Menteri ketika itu, Tun Hussein Onn memilih calon bagi menggantikan Mohd Fuad. Untuk mengelak sebarang kesulitan, Hussein mengeluarkan kenyataan berunsurkan nasihat agar orang ramai terus memberikan sokongan tidak berbelah bagi terhadap Ketua Menteri yang bakal dilantik.

Nasihat Hussein ini sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan keadaan, memandangkan kerajaan Berjaya dalam keadaan yang sangat kritikal, iaitu perbezaan antara Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Berjaya dengan Adun Usno hanyalah tiga orang.

Apa yang dikhuatiri ialah berlakunya peristiwa lompat parti di kalangan Adun. Sekiranya hal ini terjadi, kerajaan Berjaya pimpinan Harris boleh hilang kuasa pada bila-bila masa kepada parti saingan terdekat iaitu Usno bagi menguasai majoriti dalam DUN Sabah.

Pada jam 7.30 malam keesokan harinya, Harris memanggil semua Adun Berjaya ke Bilik Gerakan Kemajuan Negeri Sabah untuk mendengar taklimat serta pengumuman jawatan Ketua Menteri oleh Perdana Menteri.

Hussein yang berucap pada majlis itu mengumumkan pelantikan Harris sebagai Ketua Menteri yang keenam menggantikan Allahyarham Mohd Fuad.

Dengan kehilangan Mohd Fuad, Sabah dan Malaysia amnya kehilangan tokoh perpaduan Sabah. Ketika memimpin UPKO, beliau sanggup membubarkan parti dan meminta ahli parti supaya mengikut jejak langkahnya menyertai Usno. Tindakan ini dilakukan bertujuan supaya wujudnya perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di Sabah.

INFO
Korban Tragedi Double Six
1. Ketua Menteri Sabah, Allahyarham Tun Mohd Fuad Stephens
2. Menteri Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Peter Mojuntin
3. Menteri Perhubungan dan Kerjaraya, Datuk Chong Tahin Vun
4. Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong
5. Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion
6. Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Andu
7. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Syed Hussein Wafa
8. Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan
9. Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Kopral Mohd Said
10. Juruterbang, Gandhi J Nathan
11. Anak kepada Tun Fuad Stephens, Johari




selama ni memang tau tun fuad meninggal sebab plane crash tapi tak tau lak ramai lagi orang besar yg meninggal...takde yg selamat dlm tragedi nih

No comments:

Post a Comment