KeNYaLanG loVE

KeNYaLanG loVE

Wednesday, August 3, 2011

SEJARAH DAERAH SERIAN SARAWAK...

Daerah Serian adalah terletak 68km daripada bandar raya Kuching. Ia adalah merupakan pekan persinggahan sebelum memulakan perjalanan ke daerah di negeri Sarawak. Ada beberapa tempat menarik di Serian seperti tempat perkelahan Ranchan Pool dan juga Taman Danu, mereka yang berminat boleh membawa keluarga berkelah sambil menikmati kesejukan air gunung yang mengalir di celah batu yang besar.
Serian adalah pintu masuk ke negara jiran Indonesia melalui Pos Imigresen di Tebedu kira-kira 30 minit perjalanan dengan kereta dari bandar Serian. Bandar Indonesia bersempadan dengan Tabedu ialah Entikong.Tabedu pernah menjadi tumpuan pelancong tempatan dan Semenanjung Malaysia suatu ketika dulu kerana terdapat barangan jualan yang menarik yang agak murah dijual di sempadan negara jiran berkenaan. Kini tarikan jualan barangan sedemikian telah berpindah ke Serikin dalam daerah Bau, Kuching di mana peniaga-peniaga negara jiran membawa barangan jualan mereka.
Serian juga terkenal dengan buah duriannya. Udang galah juga mudah diperolehi di sini dengan harga yang berpatutan. Udang galahnya memang sedap dan segar kerana dibekalkan oleh nelayan sungai kampung-kampung di sepanjang Batang Sadong (Sungai Sadong).
Batang Sadong juga terdapat ombak gadang yang dipanggil benak tetapi tidaklah sebesar yang terdapat di Batang Lupar, Sri Aman.Benak ini boleh dilihat jika pergi ke Gedong yang terletak kira-kira 27km dari Bandar Serian.
Majoriti penduduk serian berketurunan Bidayuh diikuti Cina, Iban, Melayu dan lain-lain etnik. Kegiatan ekonomi utama nerupakan pertanian (pekebun kecil) dan penternakan. Tiada kawasan khusus perindustrian dan kebanyakan anak muda daerah ini bekerja di bandar-bandar utama negeri dan di Semenanjung Malaysia, terutama negeri Selangor dan Johor.

No comments:

Post a Comment