KeNYaLanG loVE

KeNYaLanG loVE

Sunday, August 28, 2011

Nuri terhempas .......

 Nuri terhempas -- 11 anggota TUDM terkorban dalam tragedi paling buruk
Grafik nahas Nuri di kawasan pergunungan daerah Sipitang.

  Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mencatatkan tragedi nahas pesawat paling buruk dalam sejarahnya apabila dua helikopter Nuri terhempas di kawasan pergunungan daerah Sipitang selatan Sabah, semalam - meragut empat nyawa dan dikhuatiri mengorbankan tujuh lagi.

Inilah kejadian pertama di negara ini yang melibatkan dua pesawat terhempas serentak. Nahas itu berlaku dalam kabus tebal.

Bagaimanapun sehingga lewat malam ini, punca kejadian masih belum diketahui dan pihak TUDM enggan mengulas terhadap sebarang andaian termasuk kemungkinan kedua-dua pesawat itu berlanggar atau bergesel di udara.

Helikopter yang pertama membawa empat anak kapal manakala helikopter kedua membawa tujuh anak kapal.

Kedua-dua pesawat itu yang berpangkalan di TUDM Labuan terhempas di Bukit Batangga, di Mandulong berdekatan Sipitang sejurus selepas menyelesaikan misi menghantar bekalan untuk pasukan keselamatan di kawasan pedalaman.

Pesawat pertama iaitu A 332 berlepas dari Long Pasia manakala pesawat kedua A 334R berlepas dari Maligan.

Mereka yang terkorban dalam pesawat A 332 ialah Leftenan Emile Effendy Sehu Ismail, Kapten Zulkifli Othman, Sarjan Udara Hamdan Jais dan Kopral Udara Wassidin @ Hamirin Inken @ Yingon.

Leftenan Emile adalah juruterbang pesawat itu dan beliau dibantu oleh Kapten Zulkifli.

Dalam pesawat A 334R pula, mereka yang dikhuatiri terkorban ialah Juruterbangnya, Kapten Khairil Anuar Mohd Shamsudin, pembantunya, Leftenan Zamani Mohamad, Sarjan Udara Abang Wahi Abang Saili, Flight Sarjan Mohd Amir Klin Abdullah, Laskar (U) Kanan, Mohd Tajudin Chemey.

Seorang jurucakap TUDM ketika ditanya para pemberita memberitahu, ``adalah terlalu awal untuk memperkatakan tentang punca kejadian.''

Bagaimanapun Utusan difahamkan, punca kejadian itu menimbulkan `tanda tanya besar' di kalangan pegawai-pegawai kanan TUDM termasuk Panglimanya, Datuk Ahmad Saruji Che Rose.

Tiada sidang akhbar oleh Panglima TUDM sebagaimana amalan biasa apabila berlaku sesuatu nahas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abang Abu Bakar selaku Pemangku Menteri Pertahanan telah memaklumkan nahas tersebut kepada kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, petang ini.

Sehingga petang ini, empat mayat sudah dijumpai. Bagaimanapun pasukan pencari dan menyelamat bersama lima pesawat mendapati ``tiada tanda-tanda ada mangsa terselamat.''

Gerakan mencari akan disambung pagi esok.

Menteri Pertahanan Datuk Syed Hamid Albar tidak dapat dihubungi. Beliau kini berada di Amerika Syarikat untuk menyaksikan penerimaan jet pejuang F/A 18 Hornet untuk TUDM.

Sementara itu, laporan dari Sabah menyatakan operasi mencari dan menyelamat amat sukar kerana kawasan kejadian berbukit-bukau, dilitupi hutan tebal dan jauh terpencil.

Operasi tersebut diketuai oleh Panglima Divisyen 4 Udara, Brigedier Jeneral, Goh Seng Toh.

Menurut Kementerian Pertahanan dan polis, pesawat pertama dikesan oleh pasukan pengawal sempadan pada pukul 5 pagi sementara pesawat kedua dijumpai pada pukul 3.45 petang. Kedua-duanya dijumpai di kawasan kira-kira 16 kilometer ke utara kawasan Maligan dekat Gunung Lumaku.

Jarak pesawat pertama dijumpai 1,500 meter daripada pesawat kedua.

Kedua-dua pesawat itu tidak kembali ke pangkalan di Labuan pada waktu yang ditetapkan dan telah berlepas dari Long Pasia pada pukul 4.16 petang dan dijangka tiba di TUDM Labuan pada pukul 4.55 petang.

Satu operasi mencari pesawat berkenaan telah dilancarkan pada pukul 6.59 petang semalam dan disambung pagi ini.

Menurut Ketua Staf Operasi Markas TUDM, Mejar Jeneral Datuk Abdul Malek Shahar Harun, Brig.Jen. Goh telah mengarahkan operasi mencari apabila pesawat berkenaan tidak tiba pada waktu yang ditetapkan.

Sebuah pesawat C 130 yang membuat penerbangan mencari malam tadi telah mengesan isyarat kecemasan di kawasan Malingan.

TUDM telah mengerahkan lima buah pesawat - tiga Nuri, sebuah C-130 dan sebuah Beechcraft - untuk operasi mencari dan menyelamat.

Ketua Siasatan Jenayah Sabah SAC II Datuk Mazlan Tyan berkata pasukan mencari dan menyelamat darat, terdiri daripada 30 anggota polis dan pengawal sempadan terpaksa meredah hutan tebal dan mendaki gunung sebelum menuruni cerun kira-kira 156 meter untuk sampai ke tempat kejadian.

Sementara itu Hospital Labuan kini membuat persediaan awal untuk menerima mangsa-mangsa nahas yang mungkin dibawa ke hospital itu.

Katanya mangsa nahas itu dijangka dihantar ke hospital itu seawal-awalnya pagi esok.

Hospital Labuan adalah yang terdekat dari Long Pasia dan mempunyai kelengkapan yang mencukupi bagi menangani kes-kes kecemasan.

Nahas Nuri ini berlaku dua minggu selepas tragedi helikopter terhempas yang mengorbankan tokoh korporat Tan Sri Yahaya Ahmad di Kuala Lipis dan nahas pesawat ringan Cessna di Langkawi.

1 comment: