KeNYaLanG loVE

KeNYaLanG loVE

Sunday, August 28, 2011

SJN KANAG AK LANGKAU....AGI IDUP AGI NGELABAN.....(SELAGI HIDUP SELAGI ITU BERJUANG)

Sjn Kanang anak Langkau



PW I Kanang Anak Langkau

901378 Sarjan Kanang anak Langkau (Bersara dalam pangkat Pegawai Waran I) telah mengetuai Platun Gempur Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja yang telah ditugaskan untuk menjejak serta memusnah segerombolan musuh di kawasan gerakan yang sebelumnya telah menembak mati seorang anggota Pasukan Keselamatan di kawasan Tanah Hitam, Perak.

Di atas kecekalan dan keberanian beliau akhirnya telah berjaya mengesan arah musuh melarikan diri. Bagaimanapun keadaan tanah menjadi faktor penghalang kepada Platun tersebut melakukan penjejakan di samping tipu muslihat musuh yang tak putus-putus. Namun keberanian serta kecekapan beliau sebagai Ketua Platun sentiasa memberi semangat kepada anggota-anggota kumpulan penjejakan yang berjalan selama sebelas hari sebelum pertempuran yang pertama. Setelah mengeledah selama beberapa hari di tempat anggota Pasukan Keselamatan ditembak mati sebelumnya, akhirnya beliau dapat mengesan arah sebenar musuh melarikan diri. Pada 19 Febuari 1980 jam 3 petang setelah membuat penjejakan dengan penuh berhati-hati, platunnya telah mengesan kedudukan musuh yang berada dihadapan dan tidak jauh dari kedudukan mereka. Disebabkan kedudukan di lereng bukit mereka tidak menyedari yang mereka sudahpun berada di kawasan musuh. Perkara ini hanya disedari setelah Sarjan Kanang berjalan ke hadapan dan melintasi tali perhubungan dari tempat pengawal musuh ke kumpulan besarnya. Pengawal musuh pada masa itu hanya berada kira-kira 8 meter dari kedudukan beliau. Sarjan Kanang dan pelatunnya terus melepaskan tembakan ke arah sebelah kanan dan melancarkan serangan. (Setelah serangan dilakukan baru mereka menyedari bahawa lereng bukit di bahagian bawah). Dengan tidak hilang akal, Sarjan Kanang menoleh dan menghalakan senjatanya ke arah kedudukan musuh. Akhirnya mereka berjaya mematahkan serangan musuh. Walaupun musuh menyelamatkan diri namun serangan yang dilancarkan tidak sia-sia. Lima mayat musuh terbujur walaupun Sarjan Kanang terpaksa menerima hakikat kehilangan seorang anggotanya dan seorang lagi cedera parah. Hasil dari petempuran ini beliau telah dianugerahkan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP). Sebelum ini Sarjan Kanang anak Langkau telah dikurniakan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) hasil daripada keberaniannya membawa kumpulan tinjau khas mengekori dan membuat penjejakan ke atas musuh di Hutan Simpan Korbu, Sungai Siput, Perak pada tahun 1979. Beliau telah berhasil melancarkan satu serangan ke atas kedudukan musuh dan berjaya membunuh lima orang musuh. Sarjan Kanang berasal dari Semanggang, Sarawak. Beliau menyertai pasukan Sarawak Rangers pada 21 April 1962 sebagai seorang Iban Tracker dan memasuki Rejimen Renjer Diraja apabila ia ditubuhkan. Beliau telah bersara dalam Pangkat Pegawai Waran I. Kini Kanang anak Langkau SP PBG merupakan pemegang anugerah Seri Pahlawan Gagah Perkasa yang masih hidup.

No comments:

Post a Comment